Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dihukum penjara seumur hidup dan 16 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga kes dadah yang dihadapinya.
Hakim, Datuk Norsharidah Awang memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan pembebasan Yasin, 49, yang dibuat Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 29 November tahun lalu.
Mendengar keputusan itu, riak wajah penyanyi lagu ‘Mimpi Laila’ ini kelihatan sugul sementara ahli keluarga termasuk anak perempuannya yang berusia 16 tahun, menangis ketika berada di galeri awam mahkamah.